Pembinaan
jalan Rawang Bypass antara Serendah ke Rawang adalah sepanjang 23km. Dibina
oleh anak Melayu Tempatan iaitu, Tuan Haji Radzali Mokhtar. Pembinaan Rawang
Bypass ini telah mengalami kelewatan selama 2,132 hari iaitu hampir 6 tahun
atas sebab prosedur kerja dan proses pihak ketiga yang diluar bidang kuasa JKR.
Projek
ini melibatkan penambahbaikan jalan sedia ada sepanjang 10.72km dan pembinaan
jalan baru 4 lorong 2 hala sepanjang 12.58km. Projek ini bermula pada 16 Julai
2005 dan dijangka siap pada 12 Januari 2008 dengan anggaran kos RM203.47, "Bagaimanapun,
beberapa Perjanjian Tambahan ditandatangani termasuk peruntukan khas untuk
perubahan harga kerja kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal, pembinaan
jalan 3.3km alternatif melalui Taman Warisan Negeri Selangor dan menaik taraf
kerja 1.57km jalan persekutuan sedia ada, memanjangkan projek dari 15 Dis 2011
hingga 17 April 2015 dengan kos tambahan sebanyak RM390 juta.