Monday, 9 October 2017

Rambut Mencerminkan Peribadi LELAKI


Kata orang, rambut itu mahkota wanita. Namun bagi lelaki, rambut itu lambang keperibadian dan gaya. Meski ramai orang berkongsi perihal potongan rambut dan penjagaannya untuk tampak kemas, bersih dan menarik perhatian, rambut juga boleh mencerminkan keperibadian seseorang lelaki.

Namun ia hanya jangkaan. Andai lebih bersifat negatif dan kena dengan sifat anda, tidak salah untuk berubah dan memperbaiki diri bukan?

Jom semak jenis rambut yang melambangkan sifat lelaki:

1.   Rambut Lurus
Lelaki yang mempunyai rambut lurus dikatakan seorang yang bijak, gembira, bergaya dan berpotensi dalam bidang seni. Kelemahannya adalah lelaki jenis ini mudah cemburu dengan kejayaan orang lain.

2.   Rambut Kerinting Tebal
Lelaki yang mempunyai potongan rambut jenis ini disifatkan sebagai lelaki kurang bijak, degil, kuat cemburu, senang bergaul, sukar menyelesaikan masalah sendiri. Namun dari sisi kekuatannya adalah dia seorang yang romantik dan tidak suka termenung memikirkan nasib diri.

3.   Rambut Kerinting
Lelaki yang memiliki rambut kerinting adalah seorang yang bijak dan romantik. Tetapi berhati-hati kerana mereka seorang yang ego, cemburu buta dan mudah panas baran bila sukar dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

4.   Rambut Ikal Mayang
Dikatakan lelaki dengan rambut potongan seperti ini adalah seorang yang bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan kesilapan seseorang.

5.   Rambut Halus/lembut
Lelaki dengan rambut halus/lembut adalah seorang yang bijak, cerewet dalam memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6.   Rambut sedikit
Lelaki dengan rambut sedikit ini juga seorang yang bijak dan pandai menguruskan dalam berniaga. Kelemahannya adalah sentiasa berfikiran nagetif dan ego.

7.   Rambut Perang
Rambut perang ini adalah jenis yang semula jadi. Bukan yang diwarnakan ya. Lelaki jenis rambut ini dikatakan kurang bijak, suka bersosial dan bijak lari daripada masalah. Sisi positifnya ialah mereka seorang yang berfikiran terbuka dan pemaaf.

8.   Rambut Tebal
Seorang lelaki yang bijak, ramai kawan, romantik terhdap wanita dan pandai mengambil hati orang lain. Namun degil, mudah cemburu dan kasar.

9. Rambut Kusut
   Adalah seorang yang sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan.