RAMAI ORANG SAYANG IBUBAPA, TAPI SEBENARNYA TAK
SAYANG.
Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa
yang sudah meninggal dunia antaranya adalah:
1. Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di
dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.
2. Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan
oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.
3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan
kuburan dan dicabut rumput.
4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa
teringatkan arwah dan lain-lain.
*Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita
mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada
yang lebih utama dari itu.
Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat
kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan
kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.
Yang mereka perlukan, antaranya ialah:
1.Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari
anak-anak.
2.Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk
mereka dari anak-anak.
3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka
dari anak-anak.
4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa
saja kebaikan ibubapa.
5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah
ibubapa.
Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya
sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna
lagi... hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau
harta dunia.
"... yang bernilai di sana hanya pahala yang
dibawa atau yang dikirim..."
Ingatlah... hari ini kita sebagai anak, esok lusa
kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita.
Wallahu a'lam...
Ziarah Alam Barzakh
geng wokyoh