Pengalaman Seram Jalan Gua
Musang – Kuala Krai. Dah Ramai Yang Terkena. Tak Sangka Aku Pun terkena Benda
Sama
Orang yang biasa guna laluan Gua Musang
– Kuala Krai mesti pernah dengar cerita seram di kawasan tu kan? Lepas kejadian
yang jadi kat aku, kawan aku google sebab nak tahu misteri jalan tu.
Rupa-rupanya memang ramai yang dah terkena. Kali ni aku nak cerita pengalaman
aku sendiri.
Aku dah selalu ke Kelantan sebab
syarikat aku ada cawangan di Kota Bharu. Tapi itu lah kali pertama aku memandu
sendiri ikut laluan Bentong – Raub – Lipis – Gua Musang – Kuala Krai – Machang
– Kok Lanas – Kota Bharu. Sebelum ni aku cuma naik flight atau ke cawangan kami
di Kuantan dulu. Jadi aku akan ke Kelantan ikut Terengganu. Lalu sisir pantai.
Tapi sebab ada kerja urgent, aku kena
terus gerak dari KL ke KB. Pembantu aku Azman ikut aku. Boleh gilir-gilir
drive. Kami gerak dari ofis KL lepas zohor. Mula-mula Azman yang drive. Sebab
tak biasa dengan kawasan tu, Azman tak bawak laju pun. Campur dengan jam kat
Bandar Raub, kami sampai Bandar Gua Musang dekat-dekat nak maghrib. Singgah kejap kat R&R yang ada Shell
tu. Lepas tu baru aku tau, yang tu R&R lama. Ada R&R baru kat Bandar
Gua Musang, tempat bas berhenti. Lepas maghrib kami sambung gerak. Kali ni aku
yang drive. Azman cakap dia penat, nak tidur kejap. Aku ok jer sebab masa dia
drive tadi pun aku tidur. Adil lah kan?
Aku pasang radio tapi frekuensi lari lak.
So aku bukak mp3 je. Layan lagu Westlife. Aku tak pasti kat mana, tapi masa tu
kiri kanan aku dah takder nampak satu biji rumah pun. Jalan gelap sangat-sangat
Aku pasang high beam tapi memang tak berapa nak clear. Kabus tebal. Aku risau
sebab dah la tak biasa lalu situ, jalan tak rata, bengkak bengkok, turun naik
bukit, line putih pun tak nampak, malam pulak tu. Kang tak pasal-pasal
accident. So aku bawak slow-slow. Dua tiga kali aku check fog light. Nak make
sure aku memang pasang. Confirm aku pasang. Fog light siap lampu high beam.
Jalan jadi sangat-sangat luas. Lebar.
Depan aku cerah macam kena suluh dengan spot light tapi tak nampak apa-apa
kecuali kabus. Macam duduk dalam kepulan awan. Belakang aku pulak gelap gelita.
Hitam pekat. Tiba-tiba aku rasa macam langgar something. Padahal aku tak nampak
ada apa-apa pun depan aku. Tapi aku ingat pesan mak aku. Jangan tegur. Aku diam
terus sambung drive. Aku kejut Azman. Aku cakap aku boring. Suruh dia teman
borak.
Azman nak isap rokok tapi aku tak bagi.
Aku cakap kabus tebal, kalau bukak tingkap nanti cermin mata aku berwap. Susah
aku nak drive. Tunggu kawasan ok sikit baru isap rokok. So kitorang borak-borak
biasa je.
Tiba-tiba kereta aku kena langgar dari
belakang. Tapi yang peliknya aku tak nampak lampu kat rear mirror aku. Azman
toleh tapi tak nampak apa-apa. Dia suruh berhenti. Aku cakap tak payah. Dia
suruh check kereta. Suruh tengok apa yang langgar. Ish… fade up pulak aku mamat
ni. Aku suruh dia diam.
Depan sikit lagi, aku nampak macam ada
binatang kat jalan. Macam lembu. Macam kerbau pun ada. Hitam. Besar. Aku bawak
slow-slow. Aku tak berani nak mengelak sebab aku tak nampak sangat jalan. Aku
cuma fikir, kalau betul binatang, aku berhenti, hon suruh dia blah. Azman dah
tak senang duduk. Dia suruh aku ketepi. Takut langgar. Aku jerit kat Azman. “Kau
boleh tolong diam tak? Membebel je macam mak nenek. Senyap sikit.”
Terkulat-kulat dia kena marah dengan aku. Pelik kot sebab aku tiba-tiba naik
angin. Aku tak pernah marah dia pasal kerja. Kalau dia buat silap pun aku tegur
baik-baik. Tunjuk cara yang betul. Ni la first time aku marah dia.
Alhamdulillah, lepas tu aku start nampak
lampu kiri kanan jalan. Dah nampak rumah. Kami dah sampai Bandar Kuala Krai.
Aku berhenti kat stesen minyak kejap. Nak gi toilet. Azman pun turun cek
kereta. Susah betul mamat kepoh ni. Aku balik dari toilet, Azman cakap kereta
ok. Depan belakang pun ok. Sikit kemik pun takder. Siap cakap lagi, untung aku
pakai kereta mahal. Tahan lasak. Aku jeling je dia. Sampai je hotel kat KB,
lepas check in, aku cerita balik apa jadi kat Azman. Rasa serba salah sebab aku
marah dia tadi.
Azman terus google nak check kot-kot ada
cerita macam tu jugak. Sumpah weh. Dah ramai yang kena. Siap nampak lembaga
lagi. Ada yang kereta tiba-tiba jadi berat. Ada yang mengelak “benda” tengah
jalan sampai accident. Alhamdulillah, nasib aku lebih baik dari nasib
orang-orang lain yang kena kacau tu. Especially kat kawasan Felda. Tak pasti
apa nama. Tapi kalau tak silap Felda Ciku.
Bukan nak kata apa la, tapi kebanyakan
kemalangan teruk yang meragut nyawa, memang jadi kat laluan tu berbanding
laluan lain kat Kelantan. Lepas tu aku akan make sure kalau terpaksa lalu
kawasan tu, aku akan lalu siang hari. Sebelum maghrib aku dah nak sampai Bandar
Kuala Krai..
geng wokyoh