Walaupun hukuman
jenayah selalunya hanya dikenakan kepada golongan dewasa, ada juga berlaku
beberapa kes yang melibatkan jenayah dilakukan kanak-kanak. Melihat di negara
kita sendiri sudah pun berlaku banyak kes jenayah melibatkan kanak-kanak dan
remaja, berikut adalah contoh beberapa kes jenayah kejam yang melibatkan
kanak-kanak yang mampu melakukan sesuatu di luar jangkaan kita.
1. Eric Smith
Eric mengalami
masalah tekanan psikologi di sekolah kerana selalu di buli akibat rupa paras
beliau yang mempunyai rambut merah, memakai cermin mata dan diejek kerana
memiliki saiz telinga yang besar. Ketika berumur 13 tahun dalam perjalanan ke
perkhemahan, Eric terserempak dengan seorang budak bernama Derrick Robie yang
berjalan kaki juga untuk ke perkhemahan.
Eric mengajak
Derick ke hutan di sekitar itu, Eric bertindak mencekik Derick lalu
menghentakkan batu ke kepala Derick sehingga mengakibatkan kematian. Kemudian,
dengan menggunakan sebatang kayu, Eric meliwat Derick di punggung.
Eric dijatuhkan
hukuman penjara maksima 9 tahun untuk pesalah juvana tetapi sehingga sekarang,
beliau dinafikan daripada mendapat kelayakan parol. Beliau masih di penjara
ketika ini untuk menunggu perbicaraan parol pada tahun 2018.
2. Jon Venables dan
Robert Thompson
Jon dan Robert
memang terkenal sebagai pelajar bermasalah, semenjak dari awal usia
persekolahan lagi. Pada 12 Februari 1993, mereka berlegar di sebuah kompleks
membeli belah lalu melihat seorang ibu bernama Denise Bulger leka membeli
sehingga tertinggalkan anaknya, James Bulger yang berumur 2 tahun. Jon dan
Robert memegang tangan James lalu menarik beliau keluar dari kedai, berjalan
sejauh 4 km. Sepanjang perjalanan, beberapa orang saksi menegur mereka, tetapi
Jon dan Robert berkata James adalah adik mereka.
Mereka tiba
berdekatan stesyen keretapi yang tidak lagi digunakan. Di situlah Jon dan
Robert menyeksa James dengan pelbagai cara. James disepak, ditumbuk, dipijak
dan disimbah dengan cat. James mati selepas besi seberat 10 kilogram dijatuhkan
di atas kepalanya. Selepas itu, mayat James ditinggalkan oleh Jon dan Robert
supaya digilis keretapi yang lalu. 2 hari kemudian, baharulah pihak penyiasat
menjumpai badan James yang sudah terputus dua digilis keretapi yang lalu.
Jon dan Robert
didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun.
Mereka dibebaskan pada tahun 2001 selepas berusia 18 tahun dengan identiti baru
yang dirahsiakan. Pada 2010, Jon ditangkap semula ke penjara selepas didapati
bersalah memiliki pornografi kanak-kanak. Jon dibebaskan pada 3 September 2013.
3. Lionel Tate
Pada 28 Julai 1999,
Lionel Tate dan Tiffany Eunick sedang duduk di ruang tamu rumah Lionel. Ibu
beliau, Kathleen Tate mengasuh Tiffany Eunick pada hari itu atas permintaan
kawannya, ibu kepada Tiffany. Selepas makan malam bersama, Kathleen naik ke
atas untuk berehat meninggalkan Lionel dan Tiffany berdua.
45 minit kemudian,
Lionel naik ke atas memberitahu ibunya yang Tiffany tidak bernafas. Lionel
menyalahkan Tiffany kerana tidak pandai meniru aksi penggusti dalam televisyen.
Lionel berkata beliau dan Tiffany bermain gusti tetapi kemudiannya kepala
Tiffany terhentak pada meja membuatkan Tiffany menangis.
Bedah siasat mendapati Tiffany mengalami 35 kecederaan di
badan. Kepalanya retak, tulang dada nya patah, hatinya pecah, pendarahan dalam
otak dan pelbagai lagi kecederaan lain seumpama dibaling dari tingkat 3
sesebuah bangunan. Mahkamah mendapati Lionel sebenarnya memang berniat untuk
menyerang Tiffany pada malam itu, bukan sekadar bermain.
Lionel dihukum
penjara seumur hidup, menjadikan dia orang termuda di Amerika menerima hukuman
itu. Beliau dibebaskan 3 tahun kemudiannya dengan hukuman tempoh percubaan 10
tahun dan alat pengesan dipasang dikakinya. Pada tahun 2006, Lionel kembali ke
penjara kerana memiliki senjata tanpa kebenaran dan dijatuhkan penjara 30
tahun.
4. Jordan Brown
Jordan berumur 11
tahun ketika ayahnya, Christopher Brown dan tunang ayahnya Kenzie Houk, mula
duduk serumah. Pada 20 Februari 2009, ketika Kenzie sedang mengandungkan anak
mereka berdua, Jordan naik ke bilik Kenzie yang sedang tidur.
Dengan menggunakan
senapang shotgun pemberian ayahnya, Jordan menembak Kenzie mengakibatkan
kematian beliau dan anak dalam kandungannya. Christopher pada waktu itu tidak
ada di rumah. Keesokan paginya, Jordan serta anak pertama Kenzie menaiki bas ke
sekolah seperti biasa, anak Kenzie tidak menyedari ibu mereka sudah meninggal
di dalam bilik. Seorang lagi anak Kenzie yang berumur 4 tahun menemui ibunya
lalu memberitahu kejadian itu kepada sekumpulan pemotong kayu yang berada
berdekatan, membolehkan laporan polis dibuat.
Laporan mahkamah
mendapati motif pembunuhan adalah kerana rasa iri hati Jordan terhadap tunang
ayahnya. Oleh kerana berlaku banyak masalah perbicaraan kerana umurnya yang
didapati masih muda, hanya pada bulan April 2012 Jordan didapati bersalah
kerana tuduhan membunuh Kenzie dan bayi dalam kandungannya. Pada tahun 2016,
Jordan Brown dibebaskan daripada hukuman tahanan.
0 comments