Pak Pandir Dengan Taik
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui
satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumah.
Entah macamana, di tengah perjalanannya tadi dia
terjumpa seketul taik yang masih panas.
Tapi dia masih konpius sama ada betul ke benda yang
dia jumpa tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak
pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.
Pak pandir tengok dengan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
‘Hmmm…Bentuk
macam taik…’
Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
‘Lembik…macam
taik.’
Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik
tu, lepas tu dia berkata,
‘Bau
macam taik.’
Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan
taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.
Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun
menjerit…
‘MEMANG
SAH TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!’