11 LANGKAH DAN CARA UNTUK MENJEMPUT REZEKI ADALAH :
1) Mengutamakan solat
Solat adalah tiang agama. Itu ketetapanNya. Menjaga solat
seperti menjaga hati si empunya rezeki. Lantas, solatlah di awal waktu.
Percayalah, hati akan lebih tenteram dan fikiran akan lebih fokus
2) Solat Tahajjud
Solat Tahajjud adalah kunci untuk membuka segala pintu rezeki.
Apa sahaja rezeki sama ada berupa kesihatan yang baik, rasa aman, harta,
pangkat, semuaya boleh dibuka dengan kunci ini
Dalam sahih Muslim terdapat riwayat daripada Abu Hurairah r.a
bahawa Rasullullah bersabda
Allah turun ke langit dunia
pada setiap malam ketika berlalu sepertiga malam pertama. Maka Dia berkata : ”
Aku adalah Sang Raja, Aku adalah Sang Raja, siap sahaja yang memohon kepada-Ku
maka Aku akan mengabulkannya, sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku maka Aku
akan memberinya, siapa sahaja yang memohon keampunan kepada-Ku maka Aku akan
mengampuninya. Dai tetap seperti itu hingga muncul cahaya fajar”.
3) Solat Dhuha
Firman Allah dalam satu hadis qudsi bermaksud:
Wahai anak Adam! Tidakkah
engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti aku ( Allah)
akan mengcukupkan pada akhir harimu itu ( Riwayat Abu Dawud)
Solat yang dimaksudkan adalah Solat Dhuha.
4) Zikrullah
Zikir dapat melahirkan rasa cinta kepada Allah dan juga dicintai
Allah. Orang yang banyak berzikir akan merasa kemanisan dan asyik apabila
menyebut-nyebut nama Allah
Zikir sangat mudah dilakukan. Boleh dilakukan ketika anda baring
di tilam empuk tanpa perlu berada di atas sejadah. Antara kelebihan berzikir
menurut kitab khusus berjudul al-Waabilussoyyib adalah;
·
Menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya
·
Zikir menyebabkan Allah redha
·
Menjauhkan dukacita dan kerisauan di hati
·
Menguatkan hati dan badan
·
Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya
·
Zikir menarik rezeki
5) Doa
Ibnu ‘Ataillah berkata dalam kitab Hikamnya
” Apabila Allah melepaskan lidahmu untuk meminta, ketahuilah
sesungguhnya Allah hendak memberimu”.
Berdoalah dan memohon dengan Sang Pencipta kerana hanya dia
mampu menunaikan doa kita
6) Mendoakan orang lain
Mendoakan orang lain juga dianggap sedekah dan sedekah pasti
akan ‘berbuah’. Siapa lagi yang akan menikmati buah amal itu kalau tidak
pelakunya. Marilah kita bertekad mahu menjadi orang yang paling kerap mendoakan
orang lain
7) Sedekah
Formula langsung dari Allah tentang sedekah
1-1 = 10
Sesiapa berbuat kebaikan
mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas
seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi)
(Al-An’am 6: 160)
Jom banyakkanlah memberi. Teruskanlah memberi kerana segalanya
pasti Allah balas berlipat ganda
8) Membaca Al-Quran
Aktiviti ini benar-benar memberi manfaat kepada kehidupan kita
di dunia dan berpanjangan hingga ke akhirat. Al-Fatihah, Surah Yasin dan
Al-Waqiah adalah antara surah yang bagus diamalkan untuk menjemput rezeki
9) Asma’ul Husna
Menyebut nama Pemberi Rezeki itu sendiri sebanyak-banyaknya
merupakan salah satu cara menjemput rezeki. Moga-moga Allah yang Maha Kaya lagi
Maha Pemurah membukakan pelbagai pntu rezeki
10) Bersyukur
Jika kita mahu berasa aman dan rezeki berganda, sentiasalah
bersyukur. Apabila dapat nikmat kita bersyukur dan apabila dapat mudarat kita
bersabar. Kemampuan bersukur adalah merupakan taufik daripada Allah.
Bersyukurlah walau untuk hal-hal kecil
11) Tekun Berusaha
Siapa sahaja yang bersungguh-sungguh pasti akan mendapati rezeki
yang melimpah dalam pekerjaannya. Sebaliknya, orang yang tidak
bersungguh-sungguh, maka ramailah orang yang akan berpaling darinya
Jemputlah rezeki dengan mengagungkan Si Pemberi Rezeki. Insha
Allah, rezeki akan mudah datang kepada kita dan tanpa kita sedari.