Friday, 13 October 2017

Kisah Kancil Cucuk Ferrari


Kisah Kancil Cucuk Ferrari

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kereta kancil putih tersadai di sebelah lane kecemasan. Nampak seorang pakcik sedang berdiri, cuba menahan kereta kot ada yang membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datang laa sebuah kereta ferrari  berhenti dan sapakan pakcik itu.

Pemuda : kenapa kereta pakcik?

Pakcik : tak tahu laa anak. Tiba-tiba engine mati tengah jalan tadi

Pemuda : Tak apa pakcik, saya tarik kereta pakcik ke exit terdekat. Jauh malam nie susah orang nak berhenti tolong.

Pakcik : Anak pakai kereta ferrari. Pakcik kereta kancil, jadi apa2 kat kereta anak susah plak nanti.

Pemuda : Tak pe pakcik kite tarik slow-slow..kalau laju pakcik high beam saya

Pakcik : Ok lah kalau macam tue, tapi nanti kalau pakcik rasa anak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam..

“Ok pakcik”..pemuda nie pun mulalah ikat tali kat kereta..dah siap ikat mereka pun bergerak slow-slow sudah lima kilometer dia tarik kereta kancil tue. pemuda  itu pun lajukan sikit tundanya..

Tiba-tiba ada sebuah nissan skyline datang dari belakang dan rem-rem minyak kat pemuda nie... apa lagi, pemuda yang naik kereta ferrari ini jenis panas baran pulak, pantang dicabar, baik-baik hatinya nak tolong pakcik tu, tapi tetap berjiwa muda.. pemuda itu sudah terbakar tak boleh tahan lalu di tekan nye minyak sampai rapat lantai nak kejar nissan skyline punya pasal sampai lupa pulak dia dengan kereta kancil pakcik yang ditariknye..

Pakcik tu punya la takut, dgn kelajuan yang tak pernah dia rasa....dia pun hon dan bagi high beam bagai nak rak.. pemuda ferrari tue dah tak peduli pasal pakcik yang dia tarik tue janji dapat kejar.. angin punya pasal.. Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm….!! bedesup peginye… ketiga² biji kereta ini... Polis yang bertugas pada malam itu dapat membaca kelajuan sebenar ketiga-tiga kereta tdi.. dah lebih speed limit nie… kata polis nie.. cecah 313kmj memasing nie… Dia pun tanpa belengah masa, contact skuad dia yang bertugas kat depan supaya tahan kereta-kereta yang laju nie…

Polis : Alpha, Alpha beta 1, Alpha beta 1...  3 buah kereta disyaki sedang lumba haram. Sebuah Skyline, Ferrari dan yang belakang ni kalau aku habaq, hang mesti tak percaya. Kancil tengah cucuk Ferrari tue.... siap tekan-tekan hon bagi high beam lagi nk potong..!! giler kancil nie.. engine apa dia pakai.. hang tahan...hang tahan depa... hang tahan lekaih..aku nak tengok enjin dia camana.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜†