ISTERI TIKAM SUAMI SEBAB TAK BALIK RUMAH
Pasangan Daus dan Dayah berkawan
semenjak zaman remaja lagi, semasa berkawan itu Daus selalu meluahkan rasa
sayang nya pada Dayah dan berhasrat mengambil kekasihnya itu menjadi isteri
yang sah.
Sehingga lah Januari 2017 Daus
menyuarakan hasrat nya untuk menikahi Dayah sehingga lah mereka diijabkabul
pada April lalu dan sah menjadi suami isteri.
Saat-saat bahagia mereka selalu di
kongsi Dayah melalui laman sosial nya berbagai luahan perasaan bahagia ditulis
Dayah dilaman sosialnya tanda sayang nya dia pada Daus.
Begitulah reaksi kedua-dua mereka
mengecapai kebahagian berumahtangga selama 6 bulan hidup sebagi suami isteri
sehinggalah semalam 14.07.17.
Pertengkaran sepasang suami isteri yang
baru enam bulan mendirikan rumah tangga bertukar tragedi apabila si suami
ditikam sehingga mati oleh isterinya dalam kejadian di Taman Pertama Indah,
Sungai Abong, disini pada petang Sabtu.
Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku
sekitar 2 petang itu, mangsa Mohd Firdaus Md Salehuddin, 28, maut ditikam
isterinya yang berusia 18 tahun kerana tidak berpuas hati selepas mangsa
dilaporkan sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah.
Difahamkan mangsa yang bekerja sebagai
pemotong ayam di Pasar Besar, Muar berada di lokasi kejadian yang merupakan
rumah persinggahan dan stor penyimpanan barangan tempatnya bekerja sebelum
secara tiba-tiba didatangi suspek dan berlaku pertelingkahan.
Ibu mangsa, Rohani Sharif, 57, berkata,
dia hanya dimaklumkan kejadian itu sekitar 2.30 petang oleh ibu dan bapa suspek
wanita berkenaan yang datang yang datang ke rumahnya.
Katanya, sejak anak sulungnya itu
mendirikan rumah tangga, mereka menetap di kediaman keluarga suspek (isteri) di
Parit Bunga, Tangkak.
Jelas Rohani, pada tengah hari semalam,
menantunya ada menghubunginya untuk bertanya tentang anaknya itu berikutan
sudah dua hari tidak pulang ke rumah.
Bagaimanapun, dia tidak menyangka
pertanyaan menantunya itu bertukar tragedi, hingga menyebabkan anaknya
kehilangan nyawa akibat tikaman di bahagian dada.
Rohani memberitahu, kali terakhir
bertemu anaknya itu pada Jumaat lepas.
“Setiap Jumaat saya pergi pasar beli
barang dapur, tapi yang Jumaat (semalam) ini saya tengok dia tak ada. Jumaat
lepas saya sempat tengok dia dan makan serta berbual dengan dia. Ayah dia pun
sempat (bersama) dan bersalam-salaman,” ujar Rohani.
Suspek wanita telah
ditahan di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan.