Dulu
jika di sekolah, memang kita selalu tertunggu lori Milo datang.
Bukan
sahaja dapat minum air percuma tetapi ternyata air milo tersebut sedap berbeza
kalau buat sendiri di rumah.
Ramai tertanya-tanya apakah
resepi air milo tersebut sampai rasanya sedap sangat.
Ini merupakan perkongsian
seorang lelaki yang melihat sendiri bagaimana air milo dibancuh di lori milo.
Jom baca:
Resepi air milo ini adalah
berdasarkan pengamatan saya ketika abang milo bancuh air. Anda boleh ubah
resepi mengikut keperluan dan rasa anda sendiri, jangan tanya saya apa2 sebab
saya tak dapat komisen pun dari Milo. ok lah untuk memendekkan cerita.
Bahan-bahan:
1. 8 tin Susu Pekat
2. 8 tin Susu Cair
3. 4 liter
Air panas
4. 4 paket Milo (1kg) total 4
kg
5. Ketulan Ais
Cara-cara:
1. Masukkan kesemua bahan
kecuali ais dan kacau rata
2. Tuangkan bahan bancuhan tadi
ke dalam bekas air
3. Masukkan ketulan ais
***kalau nak buat guna
sekilo Milo resepi di atas bahagikan kepada 4 bahagian dan seterusnya lah, buat
kira2 anda sendiri kalau nak kurang atau lebihkan bahan, perlu diingatkan
bancuhan di atas adalah pekat dan ais akan membantu mencairkan bancuhan tetapi
masih mengekalkan kelazatan milo kaw kaw tersebut, saya tidak bertanggungjawab
kalau bancuhan milo anda tidak sama seperti rasa milo lori, mendapat diabetes, kos
dapur meningkat dan menjadi ketagih terhadap milo….
Selamat
Mencuba!!