Wednesday, 18 October 2017

Ibu Dan Bayi Nyaris Maut Lepas Rahim Pecah Hingga Kaki Bayi Terlunjur Keluar

Ibu Dan Bayi Nyaris Maut Lepas Rahim Pecah Hingga Kaki Bayi Terlunjur Keluar

Ibu dan bayi ini nyaris mati apabila bayinya menendang dengan terlalu kuat hingga rahim pecah bersama lubang sebesar 7cm dan kaki bayi terjulur keluar.

Doktor di Hospital Universiti Shenzhen bergegas mengeluarkan seorang bayi perempuan melalui pembedahan kecemasan, selepas mendapati nyawa ibu dan anak terancam kerana masalah rahim pecah.

Zhang yang hamil pada minggu ke-35 tiba-tiba rasa sakit perut. 
Pada mulanya dia ingat rasa sakit itu cuma sakit perut biasa. Tapi, lama kelamaan sakit itu bertambah teruk sehingga Zhang “pecah peluh” menahan sakit.

Menurut Hospital Universiti Shenzhen, Zhang telah ke bahagian kecemasan pada pukul 10 pagi, sambil mengadu rasa sakit perut yang teruk. Pemeriksaan Doktor mendapati beliau menghadapi masalah tekanan darah, denyutan dan pernafasan.
Pakar mengesyaki rahim Zhang telah pecah lalu mereka melakukan imbasan ultrasound untuk mengesahkannya. 

Dari imbasan ultrasound itu, doktor terkejut mendapati bayi tersebut telah menendang rahim ibu dengan terlalu kuat hingga kakinya terjulur keluar dari dinding rahim. Kaki bayi tersebut kini berada di rongga abdomen ibu dan tidak keluar sepenuhnya kerana tersekat pada bahagian paha.


Dengan segera, pakar bergegas melakukan pembedahan kecemasan kerana takut Zhang akan mengalami pendarahan yang teruk sehingga mengalami renjatan. Bayi dalam kandungan juga berisiko terkena jangkitan yang boleh meragut nyawa kerana dinding rahim ibunya telah pecah. Bayi itu selamat dilahirkan

Pada mulanya pakar takut bayi itu telah mati dalam kandungan. Tetapi doktor bedah Zhang Lei –  Zhang Yanping and Zhong Shilin berjayamengeluarkan bayi perempuan itu dengan selamat dalam masa 10 minit. Mereka juga mendapati darah yang banyak di bahagian dalam perut ibu terbabit beserta lubang sebesar 7cm pada dinding rahim.

Sejarah perubatan Zhang menunjukkan bahawa dia pernah menjalani pembedahan membuang fibroid dari rahimnya pada tahun 2016. Akibat pembedahan tersebut, dia mempunyai parut luka lama pada dinding rahimnya. Ini menyebabkan kawasan dinding rahim itu lemah dan senang koyak. Apabila kaki bayi itu menendang dengan terlalu kuat, dinding rahim yang memang sudah lemah dan senang terkoyak itu akhirnya pecah.

Kedua-dua ibu dan anak dilaporkan dalam keadaan stabil selepas kelahiran yang menakutkan itu. Kejadian rahim pecah adalah masalah kehamilan yang jarang berlaku, tapi ia tetap boleh mengancam nyawa. Ia selalu berlaku pada parut luka lama dari pembedahan Caeser. Kes rahim pecah yang teruk sehingga koyak seluruh dinding rahim, sangat berbahaya. Biasanya rahim pecah semasa bersalin, tapi kadang-kadang ia boleh berlaku sebelum itu seperti dalam kes Zhang ini.

Ibu-ibu yang pernah mengalami pembedahan untuk mengeluarkan fibroid atau untuk membetulkan kecacatan rahim akan mengalami risiko komplikasi. Bakal ibu perlu berbincang dengan pakar mereka mengenai ini, dan ramai selalunya akan dijadualkan untuk melahirkan anak melalui pembedahan Caeser.


Load disqus comments

0 comments