Friday, 20 October 2017

Ibu Berlari Meredah Kebakaran Selamatkan Bayi Baru Lahir


 SHAH ALAM: Kasih sayang seorang ibu membawa seorang wanita meredah api yang sedang marak bagi menyelamatkan bayinya yang baru dilahirkan pada hari Khamis.

Kejadian yang berlaku pada 3.45 petang di Flat Proton di Seksyen 27 berlaku apabila ibu berusia 20-an yang sedang memasak mendapati silinder gas tiba-tiba terbakar.

Ketua Balai Bomba Shah Alam, Azmel Kamarudin berkata, wanita itu terkejut melihat silinder terbakar dan  dia bergegas melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan.

"Dia panik dan bergegas keluar mendapatkan bantuan. Namun, dia menyedari bahawa api merebak dengan cepat dan bayi yang baru lahir itu masih berada di dalam rumah.

"Pada masa ini, dia memutuskan untuk meredah api dan bergegas ke dalam untuk menyelamatkan bayi," kata Azmel.

Beliau berkata kedua-dua mangsa, ibu dan bayinya  berjaya menyelamatkan diri dari kebakaran, yang memusnahkan 50 peratus rumah.

Azmel berkata lapan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.53 petang.