Thursday, 12 October 2017

Gigi Berbunyi Dan Berlaga Waktu Tidur


Gigi Berbunyi Dan Berlaga Waktu Tidur

Secara Saintifik  Gigi Berlaga Waktu tidur Dipanggil  Bruxism atau Teeth Grinding?
Apa itu Bruxism atau Teeth Grinding?

Ia adalah satu keadaan pergeseran secara paksaan bahagian gigi bawah dan gigi atas (permukaan yang digunakan untuk kunyahan). Pergeseran itu biasanya berlaku tanpa kawalan samada geseran ke depan dan kebelakang atau ke kiri dan ke kanan. Dan biasanya bruxism berlaku bersama jaw clenching

Keadaan bruxism yang tidak dirawat dengan  cepat mampu memberikan kerosakan yang kekal kepada gigi dan ketidakselesaan di bahagian mulut dan muka. Kondisi teeth grinding yang berlaku tanpa kawalan ini sangat berbahaya kepada gigi terutamanya waktu tidur. Semasa tidur, mastication force (kekuatan kunyahan) boleh mencecah 6 kali ganda lebih dari kekuatan kunyahan biasa dan boleh berlaku dalam 40 minit dari 1 jam waktu tidur.

Antara komplikasi akibat bruxism ini ialah:
* kekacauan struktur rahang bawah
* kesakitan pada rahang bawah (kesukaran membuka dan menutup mulut)
* kelukaan
* pening kepala
* sakit telinga
* kerosakan pada gigi (permukaan atas, akar, dan periodontal ligament)
* kerosakan gigi palsu atau tampalan pada gigi
* menyebabkan gigi sensitif
* goyangan gigi (tooth mobility)

Antara Penyebab bruxism?
Sebab dan punca berlakunya bruxism atau teeth grinding tidak dapat ditentukan secara tepat. Namun dapat disenaraikan beberapa faktor yang dipercayai secara kajian dan pemerhatian dan dapat di kalsifikasikan kepada 2 iaitu:

Faktor bruxism pada orang dewasa:

1. Tekanan perasaan.
Ia adalah punca utama berlakunya bruxism di kalangan orang dewasa terutamanya sewaktu tidur. Tekanan perasaan boleh mengganggu kitaran tidur seseorang.

2. Kekecewaan dan menyimpan dendam dan marah. Semasa marah atau kecewa, biasanya seseorang akan menggigit dengan kuat mulutnya menyebabkan berlakunya bruxism. Biasanya keadaan ini tidak dapat dikawal.

3. Perwatakan yang agresif. Sama dengan sebab yang sebelumnya, iaitu berkaitan emosi. Cuma kali ini, mereka tidak menyimpan dendam atau marah, malah melepaskan marah mereka dalam keadaan mengetap gigi dengan kuat tanpa kawal. Beberapa kajian menyatakan bahawa mereka yang agresif, suka bertanding, suka mengawal dan mengarah mendapat keadaan bruxism ini.

4. Masalah fungsi Central Nervous System. Beberapa kajian membuktikan disfunction of central nervous system sebagai punca berlakunya bruxism seperti Huntington’s disease dan Parkinson’s disease (neurological disorder).

5. Ubatan dan dadah. Ubat antidipressant seperti Prozac dan Celexa, dadah seperti ekstasi dan kokaine dibuktikan memberikan bruxism sebagai kesan sampingan penggunaannya.

6. Susunan gigi yang tidak normal. Ia lebih dikenali malocclusion. Inilah salah satu sebab fizikal bruxism. Namun, ia masih dalam peringkat teori dan belum dibuktikan mana-mana kajian saintifik.
Faktor bruxism pada kanak-kanak:
Bruxism adalah keadaan yang biasa berlaku pada kanak-kanak. Namun keadaan ini akan hilang apabila kanak-kanak itu menghampiri usia remaja.

Gatal Gusi Bagi Kanak-kanak
1. Perkembangan tumbesaran rahang dan pertumbuhan gigi baru. Untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun, gigi mereka masih dalam peringkat tumbesaran. Masa perkembangan gigi menyebabkan kegatalan pada gusi mereka dan menyebabkan mereka mengunyah tanpa sebab. Teeth grinding semasa itu adalah respon badan terhadap perubahan dan perkembangan rahang kanak-kanak. Dan untuk gigi yang baru tumbuh, biasanya bruxism berlaku untuk membetulkan susunan gigi kepada susunan yang lurus dan betul. Biasanya keadaan bruxism ini berakhir apabila gigi telah sempurna lurus dalam paksi rahang tersebut. Antara Faktor Lain: 
2. Marah dan tekanan perasaan. Seperti orang dewasa, kanak-kanak mempunyai perasaan dan merasai tekanan dan marah. Mereka turut mendapat kondisi bruxism ini.

Menurut Kata Orang2 Tua Pula
Berkemungkin bunyi gigi atau berlaga gigi yang kuat, adalah  berkaitan dengan ganggun jin ?
Tetapi bukan semua asah atau laga gigi itu gangguan. Kadang-kadang berkaitan dengan peribadi seseorang.
Faktor Degil dalam diri
Kadang-kadang pembawakan waktu tidur – waktu siang ada perkara yang buat seseorang tu tak puas hati, geram, tak dapat apa yang dihajati maka terbawa perasaan itu waktu tidur.
Dan kadang2 mmg berkaitan dengan gangguan.

Untuk Pastikan Ganguan Jin Atau Tidak
Kalau nak tahu kita boleh cuba baca ayat-ayat berikut di bawah:
Surah Al-Fatihah 1 kali
Selawat 33 kali
Ayat Kursi 33 kali

Untuk kanak-kanak, ibu atau ayah bacakan pada sebotol air, kemudian tiup pada air tu dan beri anak minum segelas sebelum tidur.
Kalau ada gangguan, waktu baca, tidak dapat menghabiskan bacaan atau waktu minum tiba-tiba tubuh jadi panas membahang, muntah dan rasa degupan jantung kencang.


wallahualam