Banjarmasin (Indonesia): Seorang budak perempuan
berusia 14 tahun mengejutkan doktor di bandar ini selepas dia tidur selama 12
hari.
Siti Raisa Miranda dilaporkan tidur di rumahnya pada
11 Oktober lalu selepas mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di
sekolahnya tetapi hanya terjaga pada 22 Oktober lalu.
Bapanya, Mulyadi memberitahu, selepas Siti Raisa tidak
terjaga daripada tidur dia membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan
lanjut.
“Bagaimanapun, doktor memberitahu keadaan anak saya
normal dan dia tidak mengalami sebarang penyakit,” katanya.
Menurutnya, pada pagi Ahad lalu Siti Raisa membuang
air kecil di atas katil dan isterinya memapah gadis itu ke bilik air untuk
dimandikan.
“Selepas mandi Siti Raisa tiba-tiba membuka mata
tetapi dia kelihatan masih bingung dan tidak banyak bercakap atau bergerak.
“Siti Raisa juga kelihatan lemah dan lebih suka
berbaring di katil serta tidak bertindak balas dengan keadaan sekeliling,”
jelasnya.
Katanya, doktor memberitahu Siti Raisa mungkin
menghidap sindrom ‘Puteri Tidur’ yang menyebabkan seseorang itu tidur untuk
jangka masa yang lama.
“Doktor memberitahu punca
sindrom itu tidak diketahui dan keadaan anak saya dijangka akan pulih seperti
biasa,” katanya.
Sumber : New Straits Times Press (M) Bhd
geng wokyoh