1.
Dibangkitkan dalam keadaan
tanpa tangan dan kaki.
· Mereka adalah orang
yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.
2.
Dibangkitkan dalam
keadaan menyerupai babi.
·
Mereka adalah golongan
yang malas dan lalai dalam solatnya.
3. Dibangkitkan dalam
keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking.
·
Kerana di dunia mereka
tidak membayar zakat.
4.
Dibangkitkan dalam
keadaan mulutnya mengalir darah.
·
Kerana ketika berniaga,
mereka suka menipu.
5.
Dibangkitkan dalam
keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai.
· Kerana ketika di dunia,
mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang ,
tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.
6.
Dibangkitkan dalam
keadaan leher terputus.
·
Kerana ketika di dunia
selalu memberi kesaksian palsu.
7.
Dibangkitkan dalam
keadaan tanpa lidah.
·
Kerana selalu berdusta
ketika di dunia.
8. Dibangkitkan daripada
kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas
kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air.
· Kerana ketika hidup,
golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.
9. Dibangkitkan dalam
keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api.
· Kerana ketika di dunia,
mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Dibangkitkan
dalam keadaan sopak dan kusta.
·
Kerana ketika hidup di
dunia dia menderhaka kepada orang tua.
11. Dibangkitkan
dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke
dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha
dengan perutnya penuh kekotoran.
·
Kerana ketika hidupnya,
mereka gemar meminum arak.
12. Mereka
yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama
dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat.
· Kerana golongan itu
ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat
lima waktunya dengan berjemaah.