Dalam
13 Rukun Solat Itu Terdapat 3 Rukun Khusus
Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat
ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh
menjejaskan sah solat kita
Rukun
solat ada 13:
1. Niat
2. Berdiri
dengan betul
3.
Takbiratul ihram
4. Membaca
Surah Al-Fatihah
5. Rukuk Dengan Thumakninah
6. I’tidal
Dengan Thumakninah
7. Sujud Dua
Kali Dengan Thumakninah
8. Duduk
Antara 2 Sujud Dengan Thumakninah
9. Bacaan
tahiyat akhir
10. Duduk tahiyat akhir
11. Membaca Selawat
12. Memberi Salam
13. Tertib
** Secara definisinya, Thumakninah dalam solat
adalah berhenti sejenak untuk menenangkan hati dalam rangka melakukan
gerakan solat lebih lanjut. Dalam erti lain, Tama'ninah adalah
dalam keadaan tetap semua anggota badannya hingga cukup masa untuk
membezakan perlakuan sebelum dan selepasnya.
Dalam
13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian:
I. Rukun
Qalbi iaitu rukun ke atas pekerjaan hati.
2. Rukun
Fi’li iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja.
3. Rukun Qauli
iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.
Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun
pertama iaitu *Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il* dan ramai yang melanggar *Rukun
Qauli* terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.
Kesalahan
Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat
Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat
sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan solat di
dalam hati.
Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah
tapi kita khuatir ianya tidak sah.
Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi
rupa-rupanya hanya *bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan
bunyi bacaan* (Hanya bunyi angin sahaja).
5
Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat:
1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau
melafaz jelas di bibir
2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz
3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz
4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat
terakhir
5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’
dengan secara lafaz
Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz”?
Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz
bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita
sendiri.
Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak
wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat
1. Semasa Takbiratul Ihram
2. Semasa membaca Al Fatihah
3. Semasa Tahiyat Akhir
4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir
5. Semasa lafaz salam
Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk
menjadikan solat kita sah dan sempurna
Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak
sempurna atau tidak sah, perlulah kita segera:
1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di
ulagi lagi kesalahan yang sama
2) Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting
apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu.
“Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun”
Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar
tidak rugi di dunia apatah lagi di akhirat nanti.
Sebarkan kebaikan