Friday, 13 October 2017

Cinta Gadis Universiti


CINTA GADIS UNIVERSITI

Seorang gadis cantik dan seksi yg sedang menanti keretapi MRT kat Bukit Bintang terlihat seorang lelaki lewat usia tapi masih hensem lagi macho sedang duduk di bangku menunggu..  lalu dia berjalan ke arah lelaki itu. dan menyapa.

"Abang ni hensem sungguh, saya suka ...boleh berkenalan ?? "

Lelaki itu terperanjat lalu berkata pada gadis itu..

" Saudari... awak masih muda.. Jangan mengada2 ngorat lelaki otai macam saya.. membazir je. Balik rumah,fikir elok2 dan tumpu pada pelajaran.. Apa pun, ini saya tulis doa utk pandai belajar.. Sebelum tidur.. hafal la ayat keramat ini utk masa depan awak.!! 

Gadis itu rasa malu dan terus beredar naik MRT.

Setelah sampai asrama universiti.. gadis itu tak lalu makan teringat kepada kata-kata lelaki tadi...nak tidur pun tak lena.. Malu ada.. kesal pun ada.

Kerana susah nak tidur.. gadis itu ambil kertas yg bertulis doa yang diberikan lelaki itu untuk baca.. moga-moga dapat bantu dia tidur.. Sambil berbaring.. gadis itu pun baca la kertas itu..yg bertulis ayat keramat berikut ....

*" Saudari jgn marah... awak mmg cantik dan menawan. Tadi tu.. bini saya ada kat sebelah.. Ni no. handphone saya.. contact la saya bila2 masa ... Saya pun suka awakk..!! "*


*HE HE HE ... KALAU DAH JANTAN TU.. (TAK KIRA USIA) .. TETAP JANTAN NAMA NYER ...*😂😂