CARA PEMASANGAN WALLPAPER (KAISON)
Wallpaper kaison terdapat 2 jenis, 1
jenis yang dah siap ada gam, 1 jenis lagi jenis tidak ada gam. Jenis yang
digunakan ini adalah yang tidak ada gam. Wallpaper jenis ini lebih lebar dan ianya lebih tebal dan
corak lebih ekslusif.
Bahan
dan Peralatan:
1. Wallpaper (Kaison)
2. Wallpaper Adhesive Powder (Kaison)

3. Pembersih cermin silicon
4. Penggelek cat
geng wokyoh

3. Pembersih cermin silicon
4. Penggelek cat
5. Besen dan senduk
6. Gunting
7. Pisau yang tajam
8. Kain buruk (kain baru pun boleh)
9. Pensil
10. Tangga @ kerusi
Langkah-langkahnya:
1. Bersihkan permukaan dinding dari sebarang kotoran menggunakan kain. (Habuk, sarang labah-labah dan sebagainya). Jam pun perlu dicabut terlebih dahulu.
2. Bancuh sekotak Wallpaper Adhesive Powder (180g) dengan menggunakan 4 liter air. Masukkan Wallpaper Adhesive Powder sedikit demi sedikit kedalam air sambil kacau menggunakan senduk agar bancuhan tidak berketul-ketul. Biarkan bancuhan selama 15 minit.
3. Sementara
itu, ukur wallpaper dan tandakan di dinding bagi memudahkan lagi kerja - kerja
menampal wallpaper. Potong Wallpaper mengikut panjang yang dikehendaki (lebihkan sedikit di hujung)
4. Sapukan
Wallpaper Adhesive Powder yang
dibancuh tadi pada keseluruhan permukaan belakang wallpaper.
5. Sapukan juga bancuhan Wallpaper Adhesive Powder pada permukaan dinding yang hendak ditampal wallpaper secara berperingkat.
6. Seterusnya boleh mula menampal
wallpaper pada permukaan dinding, bermula dari bahagian atas dinding. Lakukan kerja menampal dengan cermat untuk menghasilkan kualiti yang memuaskan.
7.
Ratakan permukaan wallpaper perlahan-lahan menggunakan pembersih cermin silikon.
8.
Di bahagian yang ada suis, boleh potong kertas dengan cara begini menggunakan pisau yang tajam.
9.
Wallpaper yang telah siap dipasang sepenuhnya. Dah boleh gantung semula jam dan
tv anda.