Monday, 16 October 2017

Cara Mengesan Bau Mulut Sendiri


Mengesan Bau Mulut Sendiri

Cara paling mudah untuk seseorang mengetahui sama ada pernafasan kita berbau busuk atau tidak ialah dengan bertanyakan kepada ahli keluarga yang terdekat atau boleh dipercayai atau pasangan masing-masing.

Jika dia memberitahu bahawa kita mempunyai nafas yang berbau busuk, jangan lupa bertanyakan puncanya sama ada berasal dari hidung atau mulut.


Cek warna lidah, warna lidah yang merah jambu dan berkilat menunjukkan nafas sihat. Lidah yang bewarna putih dan bersisik menunjukkan nafas berbau.


Satu cara lain ialah dengan menjilat di belakang pergelangan tangan dan membiarkannya kering selama 2 minit. Selepas kering, cubalah hidu air liur kita sendiri di situ. Itulah caranya anda menghidu bahagian hadapan lidah kita. (tengah jilat la tu, busuk tak?hehehehe)




Menjaga Kebersihan Mulut

1.   Secara lembut bersihkan permukaan lidah 2x sehari dengan menggunakan sudu yang diterbalikkan dan melakukan kerukan secara lembut dan perlahan.

2.   Mengunyah Chewing sugarless gum membantu menghasilkan lebih banyak air liur, secara tidak langsung akan mengurangkan bau busuk pada mulut.

3.  Berkumuh dengan air garam yang suam atau bahan antiseptic. Tidak digalakkan berkumuh dengan bahan itu selepas menggosok gigi menggunakan ubat gigi.

4.  Menjaga kebersihan mulut seperti menggosok gigi dan flossing, kerana ianya penting bagi menanggalkan baki makanan yang tertinggal dan membersihkan bakteria yang terletak antara gigi.