Wednesday, 4 October 2017

Akibat tertelan wisel, nafas kanak-kanak bunyi hon




Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang berasal dari San Miguel de Tucuman, Argentina terpaksa melalui hari yang buruk apabila dia telah tertelan visel mainan. Lebih malang lagi apabila wisel tersebut telah tersangkut di kerongkong dan menyebabkan bunyi hon apabila dia bernafas.

Dr. Santiago Gomez Zuviria yang merawat kanak-kanak itu terpaksa membuat satu pembedahan kecil bagi mengeluarkan wisel berkenaan.
Sebelum pembedahan dilakukan, Zuviria merakam bunyi yang dikeluarkan ketika budak itu menarik nafas dan memuat naik video berkenaan di Facebook sebagai peringatan kepada ibu bapa.






Bagaimanapun, video itu menjadi tular di Internet kerana dianggap lucu oleh pengguna media sosial dan kini ia ditonton lebih sembilan juta kali.
Dalam video berkenaan, Zuviria menjelaskan bahawa tujuannya bukannya mahu mempersendakan kanak-kanak itu tetapi sebagai peringatan kepada ibu bapa.

Namun, wajah budak lelaki itu dan bunyi yang dikeluarkannya ketika menghembus nafas dianggap lucu oleh pengguna media sosial.
Klip video selama 90 saat itu dikongsi lebih 90,000 kali di Facebook.
Zuviria memberitahu, wisel kecil itu berjaya dikeluarkan dari tekak kanak-kanak itu melalui pembedahan.

Kanak-kanak itu juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kesan sampingan dan sudah dibenarkan keluar dari hospital.
Load disqus comments

0 comments