7
Cara Elak Anak Sembelit
1. Galakkan Anak Minum Air Masak
Cairkan
bancuhan susu anak supaya dapat menghasilkan bahan kumuh yang lebih lembut.
Jika anak anda berumur lebih dari enam bulan, anda boleh memberi dia minum air
suam.
2. Beri Makanan Berserat Tinggi
Beri
anak makanan yang mengandungi serat tinggi seperti pisang, betik, epal, jagung
dan sayur-sayuran hijau. Makanan yang mempunyai serat tinggi boleh membantu
penghadaman dan mengelakkan sembelit.
3. Tukar Jenis Susu
Sesetengah
kanak-kanak tidak terkesan dengan apa jua jenis susu yang diberi. Tetapi sesetengah
kanak-kanak memberi impak yang besar terhadap jenis susu yang diminum. Oleh itu
tidak salah sekiranya anda cuba menukar susu bagi melihat keberkesanannya.
4. Ajak Anak Main Air Dalam Bilik
Mandi
Kadang
kala lampin pakai buang dan posisi berdiri menyukarkan proses nyah tinja. Salah
satu cara untuk memudahkan nyah tinja atau mengelakkan sembelit berlaku ialah
dengan megajak anak bermain air di dalam gayung dengan kedudukan mencangkung. Pastikan
lampin telah dibuka.
5. Bagi minuman Pribiotik
Apa
itu minuman pribiotik? Minuman pribiotik ialah seperti minuman kultur yang
memudahkan penghadaman anak-anak. Minuman pribiotik ini mengandungi bakteria
baik yang diperlukan oleh usus dan perut kanak-kanak. Ia akan memudahkan proses
nyah tinja.
6. Diet Rendah Lemak, Gula dan Kanji
Proses
penghadaman akan menjadi perlahan apabila terdapatnya kandungan lemak, gula dan
kanji dalam makanan. Penghadaman yang perlahan akan menyebabkan najis menjadi
keras dan mengakibatkan sembelit.
7. Berikan Anak Ruang Dan Masa
Ketika
proses nyah tinja berlaku, elakkan dari mengganggu focus anak. Beri ruang dan
masa untuknya bersendiri.
geng wokyoh