6
Petua Hilangkan Parut Jerawat
Jerawat
bukan hanya pada anak remaja sahaja. Orang yang sudah berkahwin, malahan sudah
ada anak masih lagi mukanya dihinggapi jerawat.
Tentu
sekali pipi tidak licin dan tidak menarik. Mari kita lihat apa cara hilangkan jerawat
yang efektif.
1.
Guna kulit kayu manis dan bedak sejuk
Sediakan
dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis
hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan
bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
Bila
sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin.
Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai
untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.
2.
Guna lidah buaya (aloe vera)
Kaedah
ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari
bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah
buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan
lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu.
InsyaAllah, parut akan hilang.
3.
Guna asam jawa
Ambil
sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan
terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan
sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.
4.
Guna madu
Mula-mula
ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan
bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2
hari sekali.
5.
Guna timun
Kisar
timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah
jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
6.
Guna daun sirih
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda.
Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka
dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Selamat
Mencuba
0 comments