Hal
Ini berlaku kerana orang yang bercinta dipercayai tubuhnya mengalirkan hormon yang
boleh membuatkan keadaan dirinya berbeza. Dia sentiasa berasa gembira dan
berperasaan tenang. Jika anda sedang bercinta, pasti anda mengalami salah satu
daripada hal ini:
1. Sukar Beri Tumpuan
Anda
mungkin sukar beri tumpuan terhadap sesuatu yang diberikan kepada anda. Ini kerana
perkara yang ada dalam fikiran anda hanyalah si dia. Kala bercinta anda
mengalami penghasilan hormon dopamine yang meningkat banyak sehingga membuat
anda obses.
Akibatnya
anda akan mudah mengingati hal yang pernah dilakukan oleh si dia. Anda ingat
setiap perkataan yang diucapkan, mimic wajahnya, kerlingan matanya, suaranya,
gaya pakaiannya dan haruman tubuhnya.
2. Obses
Penghasilan
hormon dalam tubuh menjadikan anda tergila-gilakan dia. Anda mungkin menyimpan
foto si dia di dalam dompet. Menukar gambar profil facebook atau WhatsApp
dengan gambar anda berdua. Atau jika anda sepejabat dengannya mungkin anda akan
selalu curi-curi memandang kearah si dia.
Apa
yang anda ingin lakukan selalunya mesti ingin dikaitkan dengannya. Butir bicara
anda selalu terselit namanya. Malah tidak mustahil anda akan menulis namanya di
atas kertas yang diconteng-conteng.
3. Kurang Selera Makan
Penangan
jatuh cinta mungkin menyebabkan anda kurang selera makan. Disebabkan sedang
berada di awang -awangan atau angau, anda bagaikan tidak merasa signal lapar. Mungkin
juga anda merasakan makan bukanlah hal yang penting kerana perkara yang lebih
penting ialah bertemu, bermesej atau berbual bersama si dia.
Ada
orang yang jatuh cinta, mulai turun berat badannya. Ini disebabkan kurang makan
dan ada juga yang memang mahu turunkan berat badan kerana mahu tampil lebih
canti dan langsing di hadapan si dia.
4. Sukar Lena
Jika
dahulunya pantang letak kepala atas bantal, pasti mudah terlena. Namun selepas
jatuh cinta, sukarnya mata hendak dilelapkan. Kala mata terpejam, tetapi
terbayang wajah si dia. Manakan tidak, anda ternanti-nanti mesej daripadanya. Anda
menanti saat dia menelefon kerana mahu berbual.