Monday, 9 October 2017

16 Khasiat dan Kebaikan Cuka Epal Kepada Tubuh Badan


Pengambilan Cuka epal telah menjadi amalan di kalangan penduduk di Benua Amerika Utara sejak dari dulu lagi. Namun sejak kebelakangan ini, amalan ini telah mula tersebar ke benua-benua lain termasuk Asia

Kebaikan dan Khasiat Cuka Epal Dari Sudut Kesihatan

1.    Membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis
·    Cuka epal boleh membantu meningkatkan sensitivity reseptor insulin terhadap hormone tersebut, oleh itu ia dapat mencegah paras gula dalam darah daripada meningkat secara tidak terkawal.

2.    Membantu menurunkan paras kolestrol
·   Cuka Epal dapat membantu untuk menurunkan paras kolestrol jahat (LDL-cholesterol) dan lemak (trigliserida) di dalam badan kerana ia boleh meningkatkan rembesan hempedu dan metabolism lemak di dalam hati

3.    Membantu menurunkan berat badan
·    Asid asetik yang terdapat di dalam cuka epal boleh membuatkan kita mudah kenyang walaupun makan sedikit
·   Ia juga dapat melambatkan pengumpulan lemak di dalam badan seperti pada lapisan adipos kulit dan permukaan organ

4.    Membantu membuang toksin daripada badan
·  Cuka epal dapat membantu proses perkumuhan toksin daripada badan kerana:
-     Ia dapat melancarkan fungsi hati untuk mendetoksifikaskan toksin
-      Asid asetik yang terkandung di dalam cuka epal boleh bergabung dengan toksin yang berkumpul di dalam darah untuk menyahtoksinkannya

5.    Membantu melegakan penyakit resdung dan batuk
·  Asid asetik yang terkandung di dalam cuka epal dapat membantu untuk mencairkan mucus dan bertindak sebagai antiseptic untuk membunuh bakteria yang terkumpul di dalam saluran pernafasan

6.    Membantu melegakan radang kulit yang disebabkan oleh gigitan serangga, umpai laut dan tumbuhan berduri
·  Asid asetik yang terkandung di dalam cuka epal dapat merencatkan tindakbalas radang yang boleh menyebabkan kulit menjadi merah, bengkak dan sakit
·         Ia juga boleh melegakan radang kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari (sunburn)

7.    Membantu melancarkan penghadaman
·   Asid asetik yang terkandung di dalam cuka epal dapat bertindak sebagai antibiotic untuk membunuh kuman yang berbahaya
·       Kandungan pectin yang tinggi di dalam cuka epal boleh merawat sakit perut yang disebabkan oleh kekejangan sistem penghadaman

8.    Membantu melegakan sakit tekak
·    Tindakan asid asetik sebagai antibiotic dapat membunuh bakteria-bakteria yang menyebabkan radang tekak
·   Caranya dengan mengkumuh larutan cuka epal yang telah dicampurkan dengan air suam. Lakukan sebanyak 4 kali sehari untuk kesan yang optimum

9.    Membantu Mencegah Karies gigi
·      Asid asetik yang terkandung di dalam cuka epal dapat mengekalkan pH mulut dan membunuh bakteria yang tersembunyi di celah-celah gigi. Ini dapat mencegah pembentukan karies gigi

10. Membantu mencegah mulut berbau
·      Caranya ialah mengkumuh larutan cuka epal yang telah dicampur dengan air kosong 1:2

11. Membantu mencegah bau badan
·   Dengan menyapukan sedikit jus cuka epal pada bahagian ketiak, ia dapat mencegah pembiakan bakteria yang boleh mendatangkan bau badan

12. Membantu melegakan lebam

13. Membantu menanggalkan ketuat pada kulit
·  Caranya dengan melapikkan ketuat tersebut dengan kapas yang telah dibasahkan dengan cuka epal. Kemudian letakkan plaster. Lakukan setiap malam sehingga ketuat tersebut mengecut dan tertanggal

14. Membantu meningkatkan metabolisme
· Kandungan potassium di dalam cuka epal dapat membantu meninggkatkan tenaga dan menghindar badan daripada mudah berasa lesu
·   Dapat menghindar pengumpulan asid laktik semasa bersenam yang boleh menyebabkan badan berasa lesu dan sakit

15. Membantu mengilatkan dan melembutkan rambut
·   Membantu mengekalkan keseimbangan pH pada rambut dan kulit kepala
·      Caranya ialah dengan mencampurkan 1/3 cawan cuka epal dengan 4 cawan air, kemudian basahkan rambut dengan campuran tersebut dan biarkan selama 5 minit sebelum dibilas dengan air sejuk

16. Membantu untuk mencegah wajah berjerawat
· Asid asetik dapat bertindak sebagai antibiotic untuk bakteria dan menyeimbangkan pH muka bagi mencegah muka berminyak
·    Caranya dengan menyapukan cuka epal yang telah dicampurkan dengan air bersih dengan nisbah 1:2 ke kulit muka meggunakan kapas



Load disqus comments

0 comments