Friday, 20 October 2017

15 Orang Dikhuatiri Terperangkap Aklibat Tanah Runtuh Di Pulau Pinang


GEORGE TOWN (21/10/17): Sekurang-kurangnya 15 orang dikhuatiri terperangkap selepas tanah runtuh melanda sebuah tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini pagi ini.


Bomba berada di tempat kejadian sedang menjalankan kerja menggali untuk mencari mereka yang hilang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata sekurang-kurangnya dua orang telah diselamatkan.

"Ketika kami tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.10 pagi, kami mendapati tapak pembinaan di cerun bukit telah dilanda tanah runtuh.

"Kami diberitahu ada sekurang-kurangnya 15 orang yang terperangkap di dalam," katanya.

Seorang pekerja asing, yang menyaksikan kejadian itu, berkata semuanya berlaku begitu pantas.

"Saya sedang mengendalikan kren ketika tiba-tiba terdengar letupan.

"Tidak sempat untuk melakukan apa-apa," katanya.