11 Tanda Kencing Manis
1.
Gula
dalam darah tinggi
Adalah normal
apabila kadar gula dalam darah naik selepas anda menikmati hidangan. Namun, ia
adalah tidak normal jika kadar gula tinggi secara berterusan sepanjang hari.
Dapatkan alat mengesan kadar gula dalam darah di farmasi yang bertauliah untuk
anda mengawalnya dari rumah.
2.
Kerap
membuang air kecil dan rasa dahaga
Buah pinggang anda
antara organ yang akan membantu dalam mengurangkan gula dalam darah dengan cara
membuang air kecil.
3.
Selalu
berasa dahaga
Anda selalu berasa
dahaga, dan rasa itu tidak hilang walaupun anda telah minum banyak air. Ini
adalah kerana badan anda hendak menggantikan cecair yang telah hilang berikutan
kerap membuang air kecil.
4.
Berat
badan kurang walaupun makan banyak
Apabila gula dalam
darah berada pada tahap yang tinggi, ini akan menyebabkan anda kehilangan berat
badan. Jangan cepat merasa gembira kerana berjaya mengurangkan berat badan
melalui cara ini bukanlah sesuatu yang sihat.
5.
Rasa
lapar selalu
Jika insulin tidak
dapat berfungsi dengan baik dalam menukarkan gula kepada tenaga, badan anda
akan merasakan kekurangan tenaga lalu bertindak pada lemak yang terdapat dalam
otot untuk menghasilkan tenaga. Ini akan menyebabkan anda berasa lapar.
6.
Luka
sukar sembuh
Bagi mereka yang
menghidap kencing manis, saluran darah akan menjadi mudah rosak dan akan
menyukarkan darah untuk sampai ke anggota badan yang diperlukan untuk
proses penyembuhan luka.
7.
Mata
jadi kabur
Pesakit kencing
manis kebanyakannya menghadapi perubahan pada bentuk kanta dan mata.
Walaubagaimanapun, ia akan kembali kepada bentuk asal apabila kadar gula dalam
darah kembali normal. Namun, pesakit berupaya menjadi buta atau menghadapi
kerosakan kekal pada mata jika penyakit itu tidak dirawat.
8. Keletihan dan cepat marah
Usaha tambahan
badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun
tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat
anda letih kerana ia mengganggu tidur. Letih sepanjang masa akan membuat
sesiapapun cepat marah.
9. Terdedah kepada jangkitan kulat
Wanita khususnya perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada
faraj. Diabetis melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai
yang paling biasa ialah yis (candida) dan
jangkitan kulat yang lain.
10.Kulit merengsa
Ini boleh menjadi tanda
amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain Seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi
gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan
insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.
11.Sensasi pada tangan dan kaki
Kesemutan, kebas,
kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki – ini adalah tanda saraf
dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula dalam
darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.