Monday, 7 August 2017

Ikan Patin Masak Tempoyak


Bahan-bahan

Seekor ikan patin.
Segengam cili padi *~kalau tak suka pedas kurangkan~
1 inci kunyit hidup
4 sudu besar tempoyak
1 bunga kantan -dibelah 4 *~kalau tak nak letak tak apa~
Segengam daun kesum
1 asam keping
Garam

Cara-cara


1.Tumbuk cili padi dan kunyit.  Masukkan air secukupnya dan masak bersama tempoyak, cili padi dan kunyit yang ditumbuk tadi.

2. Masukkan bunga kantan.  *~kalau tak nak letak tak apa~

3.Bila mendidih pekat, baru masuk ikan. Jgn lama sangat sebab ikan lembut.

4. Masukkan daun kesum.

5. Tunggu lama sedikit, baru masukkan asam keping dan garam secukup rasa.

6. Sedia untuk dihidang.

Nota:
*Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit lagi asam keping.

*Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab drpd menggunakan air asam jawa/asam limau.

P/s :Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak memang sedap jika dimakan bersama nasi panas.Untuk sesiapa yang sukakan tempoyak boleh ditambah tempoyak sebelum dihidang.Lebih enak jika dihidang bersama teo ais .

Sumber : Chef Malaysia
Load disqus comments

0 comments