Wednesday, 26 July 2017

Tanda-tanda terkena saka

    *Gambar sekadar hiasan

Tanda-tanda terkena saka

Di antara simtom-simtom yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah  seperti berikut :-

1.Sakit anggota badan  : bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim, dan sebagainya.
2.Gangguan emosi dan perasaan : “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa sebab.
3.Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang keyakinan diri, “high anxiety”, susah nak fokus dan sebagainya.
4.Gangguan tidur : selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.
5.Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit
6.Sesak nafas atau mengah
7.Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.
8.Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.

Simptom yang disebut di atas adalah kesan adanya jin-jin saka dalam badan pesakit.  Bila jin-jin ini ada di dalam badan kita, selalunya mereka akan berada di celah-celah tulang belakang di mana terletaknya urat saraf  atau di dalam otak kita.
Ini adalah dua tempat “kegemarannya” bila mereka berada di dalam badan kita.

 Kenapa mereka suka berada di tempat ini kerana di dalam badan manusia, otak dan tulang belakang adalah organ yang paling penting selain dari jantung manusia.  Di sinilah mereka boleh menguasai pergerakan tubuh badan kita melalu urat saraf dan menguasai emosi, minda dan permikiran kita melalui otak kita.



Diantaranya lagi :-

1. Kerap bermimpi menyusukan bayi.
2. Kerap bermimpi dikelilingi kanak-kanak.
3. Kerap bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu didalam mimpi.
4. Boleh mengubat belajar melalui mimpi.
5. Boleh mengurut belajar melalui mimpi.
6. Boleh menelek sejarah/sifat seseorang.
7. Sering sakit lutut tanpa sebab klinikal.
8. Nyanyuk ketika usia tua.
9. Panas baran.
10. Kerap bermimpi rumah lama/rumah pusaka.
11. Kerap bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.
12. Sakit anggota badan/pengsan bila menziarahi orang yang meninggal dunia.
13. Banyak penyakit genetik/ketumbuhan ganjil pada badan.
14. Mendakwa boleh melihat jin/makhluk halus.

Mudah-mudahan ilmu yang dicurahkan ini dapat kita  ambil sebagai satu inspirasi untuk perubahan pada masa akan datang.
Wallahu a’lam