Thursday, 20 July 2017

Hiburan | Syafiq Kyle Enggan Bercinta Dengan Hannah Delisha


Pelakon Syafiq Kyle tidak mahu melayan permintaan peminat untuk melihat dirinya menjalin hubungan cinta dengan aktres baru, Hannah Delisha.

Syafiq dan Hannah digandingkan dalam drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer yang kini sedang bersiaran di kaca televisyen. Mereka memegang watak sebagai Jemy dan Aira.
Adat jika bergandingan dengan seseorang heroin dalam sesebuah naskah, pastinya ada peminat yang gemarkan keserasian yang terjalin dalam skrin.

Namun begitu, semuanya hanya sekadar watak sahaja. Peminat boleh menyuruh kami bercinta di luar skrin tetapi kami tak boleh puaskan hati semua orang.Sebenarnya, tak perlu puaskan hati semua orang. Saya dan Hannah hanya menjayakan watak sahaja, jika nampak seperti kami bercinta, watak yang kami bawakan berjaya.

Untuk membawa hubungan cinta ke dunia nyata, saya bukanlah seperti itu. Kalau peminat sukakan kami, sukalah Jemy dan Aira, bukannya Syafiq dan Hannah, kata Syafiq.Tambah pelakon drama bersiri Tanah Kubur ini, dia senang bekerja dengan Hannah yang berasal dari Singapura.

Walaupun Hannah merupakan bakat baru dan drama bersiri ini merupakan drama bersiri pertamanya di Malaysia, saya senang bekerja dan selesa bergandingan bersama Hannah. Dia merupakan seorang aktres yang tidak cerewet," katanya lagi.Selain Syafiq dan Hannah, drama bersiri arahan sutradara Eyra Rahman ini turut menampilkan pelakon lain seperti Amy Mastura, Ariz Forteen, Mimi Ernida dan ramai lagi.


Sumber : Astro Gempak
Load disqus comments

0 comments