Saturday, 29 July 2017

Siti saleha mahu 11 orang anak,satu setiap setahun


Suami kepada pelakon Siti Saleha, Ahmad Lutfi Azhar menyimpan hasrat untuk mempunyai  11 orang anak.Lutfi berkata dia mengimpikan sebuah keluarga yang besar namun meletakkan soal zuriat kepada rezeki.
  
Kalau ditanya mengenai soal anak, saya memang mengimpikan sebuah keluarga yang besar.
 Kalau boleh saya mahu 11 orang anak, satu setiap tahun barulah meriah. Saya memang sukakan kanak-kanak.Tapi saya tidak memaksa, itu hanyalah impian. Saya serahkan soal cahaya mata kepada rezeki.
 
"Kalau ada rezeki adalah, tak kisah pun berapa ramai sebenarnya, saya terima dengan hati yang terbuka. Lagipun kami tidak membuat perancangan," katanya.
 Dalam pada itu, mengulas mengenai bulan madu, Saleha memberitahu mereka merancang untuk ke Pulau Mauritius namun terpaksa ditangguhkan kerana jadual kerja yang padat.
  
Memang ada rancang untuk berbulan madu tapi bukan dalam masa terdekat.
 Jadual kami berdua sangat sibuk dan jadual pula padat. Kalau pergi pun mungkin penghujung tahun ini.
 Saya tak kisah pun, bagi saya biarlah kami selsesaikan dulu urusan kerja, tak mengapa. Lepas dah penat kerja barulah boleh seronok bercuti," ujarnya ketawa.
 
Saleha dan Lutfi selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
 Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Saleha, Mohd Baharum Abdul Rahman kira-kira jam 3:40 petang semalam.
 
Sumber : Astro Gempak
Load disqus comments

0 comments