Penggunaan smartphone android semakin lama semakin banyak.Apa tidaknya,smartphone android mempunyai pelbagai variasi yang sangat luar biasa.Anda boleh mendapatkan smartphone dengan pelbagai harga,dari yang murah hingga yang paling mahal..
Tapi sayang,dengan menggunakan operasi sistem android ini.Banyak juga berlaku masalah dan penipuan, sebagai contoh mencuri data-data peribadi dan juga akaun perbankan.Penipuan yang berkait dengan android harus ada tahu agar tidak terjebak.
2 Penipuan yang sering berlaku di smartphone android
1 – Email
Penipuan melalui email ,akan dihantar kepada email anda dan ramai sudah yang menjadi mangsa.Modus operandi adalah mengumpan anda dengan produk-produk yang dapat menarik perhatian anda yang menharuskan anda mengisi data-data peribadi sebagai contoh nama anda, no telefon,alamat rumah dan akaun perbankan.
Selain itu,penipuan melalui email adalah anda diberitahu bahawa akaun perbankan anda telah dicuri dan perlu membuat pengesahan dengan harus login ke bank ada dengan alamat login bank yang palsu.Mulai saat ini anda harus berhari-hati sebelum mengisi apa jua informasi data peribadi dan akaun perbankan.Sah kan dahulu email di terima sebelum membuat apa apa tindakan.
2 – Aplikasi Palsu
Dengan zaman semakin canggih,membuat sesebuah aplikasi itu sangat mudah,dengan menciptakan aplikasi menyerupai seperti aplikasi asli seperti whatsapps , telegeram dan sebagainya.Akan tetapi aplikasi ini sebenarnya malware yang ditanam didalam aplikasi tersebut untuk mencuri data-data perbadi yang ada dalam smartphone android anda.Aplikasi palsu ini juga boleh ditemui di playstore selain APK.
Sebagai contoh WhatsApp Gold , apabila anda menginstall mungkin malware sudah terinstall ke dalam smartphone anda. Lebih baik anda menggunakan aplikasi whatsapp yang asli yang lebih terjamin.
Selain itu juga,anda harus mengelakan aplikasi palsu ini , sebagai contoh apabila aplikasi itu di install,ia dapat melajukan smartphone 2 kali ganda dari kelajuan asal, ,menjadikan bateri bertahan lebih lama, tema-tema android yang menarik. Bahayanya hal ini berlaku ialah ,apabila anda menginstall aplikasi palsu tersebut,kredit anda akan ditolak serta merta tanpa ada pemberitahuan.Dan juga kemungkinan smartphone anda akan menginstall aplikasi-aplikasi pelik dengan sendirinya.
Jadi berhati-hati sebelum terjebak
Semoga memberi manfaat kepada yang menggunakan Smartphone android .geng wokyoh