Wednesday, 25 April 2018

Permohonan Jawatan Kosong PDRM Seluruh Negara April 2018


Berikut dikongsikan maklumat terkini bagaimana untuk membuat permohonan jawatan kosong PDRM seluruh negara bagi tahun 2018.

Untuk makluman, setiap tahun beribu kekosongan jawatan Polis ditawarkan.

Namun bermula tahun 2012 semua pemohon hendaklah memohon secara online dengan mengisi Borang SPA8i di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

JAWATAN KOSONG PDRM 2018
Untuk semakan jawatan kosong terkini Polis Diraja Malaysia, anda boleh layari portal rasmi PDRM di sini http://www.rmp.gov.my/

Pastikan anda telah mengisi borang SPA8i terlebih dahulu kerana PDRM hanya menerima permohonan secara online sahaja termasuk jawatan konstabel / inspektor

Antara jawatan yang anda boleh mohon antaranya:

Inspektor Gred YA 13
Sarjan Gred YA 5
Konstabel Gred YA 1
Konstabel Sokongan Gred Y1
Konstabel Orang Asli Gred YP 1
MAKLUMAT JAWATAN
1. INSPEKTOR GRED YA 13
Permohonan ke jawatan Inspektor perlulah berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PHD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online.

Pemohon mestilah memiliki minimum Ijazah Sarjana Muda di universiti yang diiktiraf kerajaan.

Gaji bermula dari RM2,329 sehingga boleh mencecah RM8,883 sebulan.

Pemohon jawatan Inspektor mestilah memiliki kelayakan fizikal seperti berikut:

Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
2. SARJAN GRED YA 5
Untuk memohon jawatan Sarjan, pemohon mestilah memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Selain itu, pemohon juga mestilah memenuhi kriteria berikut:

Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
Gaji yang ditawarkan bermula dari RM1,711 sehingga maksimum RM5,199 termasuk kesemua insentif penjawat awam yang lain.

3. KONSTABEL GRED YA 1
Calon yang ingin memohon jawatan konstabel perlu lulus SPM dan berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).
Gaji permulaan dari RM1,041 sehingga maksimum RM3,517 sebulan dengan kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM100 setahun.
Read more

Johor mahu baham kelantan cukup cukup

Gambar : Johor DT


Sebaik tersingkir dari saingan Piala AFC, JDT kini menumpukan sepenuhnya kepada aksi Liga Super menentang Kelantan pada Sabtu dan tekad membawa pulang tiga mata dari Kota Bharu sebagai pengubat duka.

Harimau Selatan gagal meneruskan kemaraan walaupun menang ke atas Song Lam Nghe An dan sebelum itu mereka sudahpun tersingkir dari Piala FA berikutan kekalahan kepada Pahang.

Dengan tiada lagi komitmen dalam pertandingan lain, Raul Longhi mahu pemainnya 'all out' dalam saingan Liga Super - kemenangan ke atas Kelantan yang dihimpit pelbagai masalah dalaman akan dapat mengukuhkan cengkaman mereka di kedudukan teratas.

Apakah sang harimau dapat meratah daging kijang Sabtu ini, atau bakal jatuh terduduk kerana tersalah masuk kandang?
Read more

Tuesday, 17 April 2018

Tikus Dituduh Makan Ganja 540kg Yang Hilang



BUENOS AIRES: Daripada 6,000 kilogram ganja atau marijuana atau nama lainnya kanabis yang “ditahan” di balai polis di Pilar, Buenos Aires, Argentina, sebanyak 540 kilogram lagi didapati “hilang” dan belum direkodkan dalam borang pemindahan.

Ketika bekas inspektor polis Javier Specia di Pilar disoal siasat berkaitan kehilangan 540 kilogram ganja dari stor simpanan, jawapannya mudah sahaja; bahawa ganja tersebut sudah dimakan oleh tikus yang ketagih.

Semuanya bermula pada April 2017 apabila Pesuruhjaya Emilio Portero menggantikan rakannya Specia menjadi Ketua Jabatan Polis di Pilar.

Semasa proses ambil alih itu, Portero mencurigai Specia kerana tiada rekod pemindahan 540 kilogram ganja tersebut ditandatangani oleh beliau.

Justeru, pihak siasatan dalaman menghantar Gendarmerie Nasional melakukan siasatan rasmi.




Ketika Hakim Adrián González Charvay memanggil Specia dan tiga pegawai bawahannya menjadi saksi bagi kes kehilangan ganja hilang itu, kesemua mereka konsisten memberi alibi yang sama; bahawa ganja tersebut dimakan tikus.

Siasatan dalaman bagaimanapun mendakwa pemeriksaan tidak menemui bukti menunjukkan tikus bertanggungjawab atas kehilangan jumlah ganja yang besar itu.

Oddit Central melaporkan pada Sabtu, pegawai penyiasat memberitahu tidak mungkin tikus dapat memakan ganja dalam jumlah yang besar.

Sekalipun tikus memakannya, mereka akan mati di situ juga.

Ganja tersebut turut dilaporkan berada keadaan kering dan tiada kesan terdapat bangkai tikus di stor simpanan berkenaan.

Selepas bukti berkaitan serangan tikus berkenaan tidak diperoleh, hakim terpaksa meneruskan kes kehilangan ganja itu.

Setakat ini, tiada tindakan disiplin dikenakan terhadap Specia dan rakannya, tetapi mereka akan dihadapkan ke mahkamah pusat bulan depan.

Sumber: suamikusweet
Read more

Tuesday, 16 January 2018

Pelajar Tingkatan 5 Jatuh Bangunan Selepas Diserang Histeria Di Sekolah


KUALA BERANG – Seorang pelajar perempuan tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jenagor, di sini terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah akibat histeria, pagi tadi.

Kejadian pada 7.20 pagi itu menyebabkan sesi persekolahan berhenti seketika.

Mangsa sebelum ini bersekolah di SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, dan baru sahaja berpindah ke sekolah itu pada 3 Januari lalu.

Bapa mangsa, Ramlee Sulong mendakwa, anaknya mengalami kemurungan dan sering berhalusinasi sejak dua tahun lalu.

Mangsa dihantar ke Madrasah Khairul Insan, Jenagor, untuk memulihkan penyakit kemurungannya.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk menjalani pemeriksaan lanjut

Sumber: Sinar Online


Read more

Ibu Jari Tangan Tersepit Mesin Gerudi



SEBERANG PERAI – Seorang pekerja kilang kayu warga Bangladesh terpaksa menahan kesakitan apabila ibu jari tangan kirinya tersepit pada sebuah mesin hidraulik ketika bertugas di kilang itu di Sungai Baong, Nibong Tebal di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa kira-kira sejam bagi mengeluarkan mata gerudi yang tertusuk pada ibu jari mangsa itu.



Jurucakap itu berkata, pihaknya terpaksa menggunakan peralatan khas bagi melakukan usah itu yang dilakukan di Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini.

Beliau berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat sebagai pesakit luar. 


Read more

Sunday, 14 January 2018

Gadis 15 Tahun Dirogol Teman Lelaki, Lima Rakan


KOTA BHARU – Seorang remaja berusia 19 tahun tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dakwaan merogol kekasihnya secara bergilir-gilir dengan lima rakan.

Remaja itu didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun sembilan bulan, kali pertama pada jam 2 pagi hingga 4 pagi, dalam Jun 2017. Kali kedua, ketika mangsa berusia 15 tahun 11 bulan pada jam 2 dan 3 pagi, pada Ogos 2017.

Sementara rakanya, Mohamad Hakimie Muhamad, 21, dan Muhammad Husien Abu Bakar, 20, didakwa merogol mangsa antara jam 3 pagi sehingga 4 pagi pada Ogos 2017.

Dakwaan terhadap mereka dibuat di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin, manakala dakwaan terhadap remaja dua remaja berusia 16 tahun dan seorang remaja berusia 15 tahun dijangka dibuat di Mahkamah Majistret Pasir Puteh, esok.

Kesemua kejadian didakwa berlaku di sebuah perumahan di Kampung Kulim, Pasir Puteh.

Kesemua rakan tertuduh juga tidak mengaku salah atas tuduhan itu dan berhasrat melantik peguam untuk perbicaraan kes berkenaan.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala mereka belum diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul memohon tarikh sebutan semula bagi mendapatkan laporan perubatan dan tidak mencadangkan sebarang jaminan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 11 Februari depan.

Tiada jaminan dibenarkan Ahmad Bazli.

Sumber : Sinar Online


Read more

Thursday, 11 January 2018

Datuk Farid Kamil Menampar Anggota Polis Di Kota Damansara


KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya sebentar tadi.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, selebriti berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

“Dia disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.  

Sumber: Terengganu Times


Read more

Wednesday, 10 January 2018

Anak Diejek Miskin Hanya Kerana Tiada Alat Tulis ‘Sminggle’


Seorang bapa kecewa apabila anaknya mengadu dia diejek miskin hanya kerana tidak memiliki barang-barang Smiggle seperti rakan-rakannya yang lain.

Menurut Hazrezal Ahmad, ibu bapa sepatutnya mengajar anak berhati-hati dalam pertuturan agar tidak menyakiti hati rakannya secara tidak sengaja.

Jangan dipandang remeh perkara seperti ini kerana jika ibu bapa tidak bertindak awal, anak-anak akan terbawa perangai yang suka menilai orang lain sesuka hati sehingga tidak tersedar terguris hati mereka. Didiklah anak dengan baik, jangan ajar mereka memandang rendah pada orang miskin kerana tiada sesiapa yang ingin hidupnya dalam keadaan miskin.

Ikuti perkongsian Hazrezal Ahmad di bawah. Semoga bermanfaat.

“Babah, kawan-kawan saya cakap saya orang miskin.”
Begitulah ungkapan anak aku selepas pulang dari sekolah semalam. Bila ditanya kenapa, dengan muka sedih dia jawab,

“Kawan-kawan dalam kelas ramai yang ada barang Smiggle. Bila diorang tengok saya tak ada barang Smiggle, diorang kata saya orang miskin.”

Ya, Smiggle. Sejenis brand menjual fashionable stationery dengan harga premium untuk kanak-kanak especially perempuan. Selepas mendengar si anak mengadu, aku berasa sedih. Bukan sedih sebab dihina miskin, tapi sedih bila budak sekolah pun ada sikap menilai kawan-kawan hanya dengan melihat barang apa yang kawan dia miliki.

Ibu bapa memang berhak beli apa saja untuk anak mereka, tetapi janganlah sampai anak memiliki mindset yang salah. Anak-anak yang mengata kawan mereka miskin kerana tak ada Smiggle, sebenarnya ibu bapa merekalah yang miskin. Mereka ini jenis miskin minda.

Bila masuk outlet, terkejut tengok harga mahal. Selepas itu cakap pada anak tak payah beli sebab mahal, orang kaya saja boleh beli barang macam ini dan macam-macam lagilah jawapan diberi.

Selepas beberapa waktu, ibu bapanya belikan juga. Anak yang melalui proses tadi secara tak langsung akan faham bahawa orang banyak duit saja boleh beli. Jadi bila mereka lihat kawan tak ada Smiggle, mereka sangka kawan mereka miskin.

Lama-kelamaan bila mereka dewasa, mereka akan banyak buat penilaian yang salah terhadap banyak perkara.

Sumber: Hazrezal Ahmad


Read more

Tuesday, 9 January 2018

Warga Asing Pukau Juruwang, Songlap RM1,400!!!


Kejadian yang dipercayai dirakam pada Sabtu lalu itu dimuat naik oleh bapa mangsa yang hanya dikenali sebagai Zack menerusi akaun Facebook miliknya.

Menurutnya, anak perempuannya itu mengalami kerugian kira-kira RM1,400 dan lebih aneh, ketika kejadian berlaku, tiada sesiapa pun yang menyedarinya.

“Assalamualaikum sahabatku, tolong viralkan video ini. Kejadian pukau di Kuala Lumpur oleh warga asing. Dalam video itu adalah anak saya. Kerugian RM1,400.
“Memang bijak diorang ini. Menurut anak saya, dia kena bayar balik duit itu kepada majikannya. Tak adillah begitu, kasihan anak saya,” katanya dalam kapsyen video.

Melihat pada rakaman, warga asing yang dipercayai berasal dari negara Timur Tengah itu pada mulanya cuba membayar dua air kotak jenama Milo dengan hanya menggunakan dua keping wang kertas RM1.

Wang yang diletakkan di atas kaunter itu kemudian diambil oleh mangsa, sambil memaklumkan yang ia masih tidak mencukupi dan perlu ditambah beberapa ringgit sahaja lagi.

Suspek kemudian meminta dipulangkan semula dua keping wang kertas itu dan ia digantikan dengan sekeping RM5.

Bagaimanapun, suspek lelaki secara tiba-tiba cuba menunjukkan kepada mangsa wang RM5 itu seakan rosak dan perlu diganti.

Pada saat inilah ilmu pukau pasangan terbabit dipercayai telah dipraktikkan dan mangsa pula dilihat ‘terdiam’ seketika dan hanya mampu menuruti permintaan mereka.

Suspek lelaki tersebut malah dilihat secara selamba mengaut sejumlah wang dari mesin simpanan wang dan kedua-dua pasangan itu tidak lama kemudian beredar.
Ekoran kejadian, mangsa telah dituduh cuai oleh pihak majikan dan lebih malang lagi, dia perlu membayar ganti rugi terbabit atau akan diberhentikan kerja.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa berwaspada apabila berurusan dengan warga asing terutamanya pekerjaan yang melibatkan urusan wang, bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Sumber: MYNEWSHUB


Read more

Pemilik Tadika Bunuh Diri Di Johor Bharu


Seorang pemilik sebuah tadika di Tampoi, di sini yang dipercayai menghadapi tekanan bertindak menggantung diri di kediamannya di Taman Damansara Aliff, di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superitendan Beh Eng Lai berkata, mangsa, Lim Kon Lin, 57 ditemui oleh anak saudaranya kira-kira jam 9.50 pagi yang kemudian menghubungi polis.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa tinggal bersama emaknya yang sudah uzur serta lumpuh.

"Mangsa juga telah bercerai dengan suaminya dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 25 tahun yang bekerja di Singapura.

"Mangsa merupakan seorang guru dan pemilik sebuah tadika," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Eng Lai berkata, siasatan juga mendapati mangsa dipercayai menghidap penyakit kanser payudara.

"Kebelakangan ini mangsa dipercayai mengalami masalah tekanan emosi yang enggan dikongsi. Mangsa juga turut meninggalkan nota bunuh diri dalam tulisan cina di atas meja.

"Dalam surat berkenaan mangsa meminta anak perempuannya menjaga diri dengan baik serta hendaklah menghormati bapanya serta memberitahu dia ingin mati kerana sakit," katanya.

Beliau berkata, semakan pada mayat mangsa tidak menemui sebarang kesan kecederaan serta unsur jenayah.

"Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sultanah Aminah kira-kira jam 2 petang tadi," katanya.

Sumber: Sinar Harian Online


Read more

Monday, 8 January 2018

Maut Terjatuh Ketika Seks Di Beranda


POLIS Thailand menahan pelancong Britain berikutan kejadian seorang wanita maut terjatuh dari beranda hotel dii Pattaya, dipercayai ketika pasangan berkenaan melakukan seks.

Lelaki itu, Reece Vella, 25, ditahan petang semalam, selepas pekerja bar, Wannipa Janhuathon, 26, ditemui mati awal pagi Sabtu lalu.

Mayat wanita itu yang mengalami kecederaan teruk di kepala serta patah di beberapa bahagian badan, ditemui di bawah hotel dalam keadaan bogel bersama setengah bungkus dadah perangsang seks.

Menurut Daily Mail, polis menggeledah bilik lelaki itu dan menemui pakaian serta kondom sudah digunakan namun Reece tiada dalam bilik.

Ketika ditahan, lelaki dari Birmingham itu didapati memiliki dia telefon bimbit dengan satu daripadanya polis percaya milik Wannipa.


Reece yang sudah berada di Thailand sejak empat bulan lalu, mengaku membawa wanita itu ke biliknya dan mangsa terjatuh ketika mereka melakukan hubungan seks di beranda.

Dia mendakwa terkejut dengan kejadian itu dan berpindah ke hotel lain.
Menurut polis, lelaki itu boleh didakwa cuai hingga menyebabkan kematian dan tinggal melebihi tempoh visa di Thailand serta mencuri motosikal pada malam kejadian.

Sumber: Harian Metro
Read more

5 Tahun Menunggu, Wanita Lahirkan Bayi Selepas 10 Minit Tahu Dirinya Hamil



Subhanallah.. apabila Allah mahu memberikan rezeki pada hambanya yang hak, maka rezeki itu tidak akan tertahan-tahan. Ini cerita sebuah keajaiban tuhan yang disampaikan Dressar Azrie. Kisah pesakitnya, seorang wanita yang tak pernah tahu dirinya mengandung. Sudahlah lima tahun lamanya dia dan suami menanti kehadiran cahaya mata, Sampaikan mereka sudah berputus asa.
Apabila wanita itu alami pendarahan membuatkan dia perlu ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Dan akhirnya, ini anugerah tuhan untuknya, kelahiran seorang bayi perempuan yang tidak pernah disangka-sangka.
Perkongsian daripada Muhammad Azrie Bin Amirudin (Dressar Azrie), petugas dressar di Unit Kecemasan Hospital Pekan Pahang ini mengungkap betapa besar kekuasaanNya. Apabila Ia mengkehendaki sesuatu itu terjadi, maka terjadilah. Kun Fa Ya Kun.
Keajaiban.. Rezeki Allah Tak Pernah Salah Alamat
Kata dressar Azrie dalam instagramnya, semasa dia bekerja di unit kecemasan Pekan pada 19 Disember 2017, dia dikejutkan dengan kehadiran seorang bayi perempuan yang tak pernah dijangka kehadirannya oleh kedua ibu bapa mereka.
“Meh nak kongsi cerita kerja hari ini. Masuk kerja syif pagi. Dapat seorang pesakit female/38y/m. Datang dengan sakit PV Bleeding (Pendarahan Vagina). Dah 5 tahun nikah tapi tak ada rezeki untuk dapat baby.
“Bila tanya last haid, dia tak pasti sebab haid selalu tak menentu dari remaja lagi.
Perut wanita itu membesar sedikit tapi tidak berapa nampak macam mengandung. Mungkin disebabkan badannya yang sedikit besar.
“Pergi berurut orang kampung cakap angin saja. Pesakit pun biarkan je. Pagi ini ada pendarahan sebab itu dia datang ke hospital.
“Bila check urin, urin positif tanda hamil ( Ibu tak ada tunjuk rasa sakit langsung. pastu tak pernah rasa kehamilan). Kes ini dari kecemasan kemudian dirujuk ke unit PaC gynae.
“Lepas 10 minit tahu-tahu dah bersalin baby girl. Mudah sungguh. Tak ada rasa sakit langsung. Bersalin pun secara normal. Tak pernah juga dapatkan rawatan ibu mengandung selama 9 bulan di mana-mana klinik, macam ibu-ibu pergnant yang lain.
Ayah Terpinga-pinga, Bila Balik Dapat Baby
Dengan umur yang boleh dikategorikan sebagai high risk untuk pregnant. Last-last pagi ini dapat baby yang comel, cukup sifat, sihat semua. Syukur kedua-duanya selamat.
Si ayah terpinga-pinga terkejut sebab tak sangka langsung selama ini ada baby dalam perut. Selama 5 tahun menunggu baby sampai rasa give up tapi dapat rezeki pagi ini.
Barang-barang baby pun tak prepare. Ayah baby siap cakap datang sakit pendarahan balik dapat baby. Happy sangat-sangat dia. Ibu dan anak sekarang berada dalam wad untuk pemantauan dan semua selamat.
“Bukan selalu cerita panjang-panjang macam ini sebab selama bekerja tak pernah dapat kes unik macam ini. Biasa dapat kes unmarried je macam ini. Rezeki Allah Allah tak pernah salah alamat.”
Ketika dihubungi MW, dressar Azrie memaklumkan yang pagi ini ibu bayi ini masih ditahan di wad kerana darah tinggi, tetapi kesihatannya kembali pulih dan baby dan ibu sudahpun dibenarkan pulang pada petangnya.
Sumber: Terengganu Times
Read more